TEKS BAHASA ARAB
حديث: "من رفع يده في الركوع فلا صلاة له".
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Sesiapa yang mengangkat tangannya ketika rukuk maka tiada solat baginya”.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 29, hadis nombor 61. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الجوزقاني عن أنس مرفوعا وهو موضوع.
والمتهم به: محمد بن عكاشة الكرماني.
al-Jauzaqani meriwayatkan daripada Anas bin Malik secara Marfu (yang disandarkan kepada nabi) sedangkan hadith ini palsu.
Perawi yang dituduh berdusta ialah bernama Muhammad bin ‘Ukkasyah al-Kirmani.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.