Batil

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mengangkat tangannya ketika rukuk

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: من رفع يَدَيْهِ فِي الرُّكُوع فَلَا صَلَاة لَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesiapa yang mengangkat tangannya ketika rukuk maka solatnya tidak dikira.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 182, hadis no. 566. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

باطل، قال ابن قيم الجوزية: وضعه محمد بن عكاشة الكرماني، عن أنس قال: وأحاديث المنع من رفع اليدين عند الركوع والرفع منه كلها باطلة لا يصح منها شيء.

Batil, Ibn Qayyim al-Jawziyyah berkata: Direka oleh Muhammad bin Ukasyah al-Kirmani daripada Anas. Beliau berkata: hadis-hadis tentang tegahan mengangkat kedua tangan ketika rukuk dan bangun daripada rukuk kesemuanya adalah batil, tidak sahih satu pun daripadanya.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.