Sesiapa yang mengangkat tangannya ketika hendak rukuk

TEKS BAHASA ARAB

من رفع يديه في الركوع فلا صلاة له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengangkat tangannya ketika hendak rukuk, maka tiada solat baginya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قوم حملهمْ على الْوَضع التعصب المذهبي والتجمد التقليدي كَمَا وضع مَأْمُون الْهَرَوِيّ حَدِيث ((من رفع يَدَيْهِ فِي الرُّكُوع فَلَا صَلَاة لَهُ)).

Golongan yang melakukan pemalsuan hadis kerana sikap fanatik dan sikap jumud mengikut membabi buta. Seperti mana pemalsuan oleh Ma’mun Al-Harawi terhadap hadis:
من رفع يَدَيْهِ فِي الرُّكُوع فَلَا صَلَاة لَهُ
Maksudnya : “Sesiapa yang mengangkat tangannya ketika hendak rukuk, maka tiada solat baginya.”

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs