Sesiapa yang mengangkat kertas-kertas yang tertulis padanya Bismillahirrahmanirrahim daripada dipijak kerana mengagungkan Allah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من رفع قرطاسا من الأرض فيه: بسم الله الرحمن الرحيم إجلالا لله أن يداس: كتب عند الله من الصديقين، وخفف عن والديه وإن كانا مشركين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang mengangkat kertas-kertas yang tertulis padanya Bismillahirrahmanirrahim daripada dipijak kerana mengagungkan Allah SWT , maka ditulis baginya di sisi Allah SWT sebagai golongan siddiqin (orang yang benar) dan diringankan azab untuk kedua ibu-bapanya walaupun mereka berdua mensyirikkan Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 277, hadis nombor 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن أنس مرفوعا. وفي إسناده من قيل: إنه كذاب وقيل: متروك. وقد روى من طرق، وبألفاظ: علامات الوضع عليها لائحة.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi), pada sanadnya ada perawi yang dikatakan seorang pencipta hadith palsu atau dikatakan dia ditinggalkan riwayatnya kerana dituduh berdusta. Diriwayatkan juga melalui beberapa riwayat dan beberapa lafaz: tanda-tanda palsu pada hadith ini jelas kelihatan.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs