Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: مَنْ رَفَعَ قِرْطَاسًا مِنَ الأَرْضِ فِيهِ: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ إِجْلالا لِلَّهِ أَنْ يُدَاسَ: كُتِبَ عِنْدَ اللَّهِ مِنَ الصِّدِّيقِينَ، وَخُفِّفَ عَنْ وَالِدَيْهِ وَإِنْ كَانَا مُشْرِكَيْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesiapa yang mengangkat kertas-kertas yang tertulis padanya Bismillahirrahmanirrahim daripada dipijak kerana mengagungkan Allah SWT , maka ditulis baginya di sisi Allah SWT sebagai golongan siddiqin (orang yang benar) dan diringankan azab untuk kedua ibu-bapanya walaupun mereka berdua mensyirikkan Allah.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 277, hadis no. 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي عن أنس مرفوعا. وفي إسناده من قيل: إنه كذاب وقيل: متروك. وقد روى من طرق، وبألفاظ: علامات الوضع عليها لائحة.
Ibn 'Adi meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi), pada sanadnya ada perawi yang dikatakan seorang pencipta hadith palsu atau dikatakan dia ditinggalkan riwayatnya kerana dituduh berdusta. Diriwayatkan juga melalui beberapa riwayat dan beberapa lafaz: tanda-tanda palsu pada hadith ini jelas kelihatan.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman