Sesiapa yang mengangkat kertas-kertas daripada bumi

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من رفع قرطاسا من الأرض فيه: بِسم اللّه الرّحمن الرّحيم إِجلالا للَّه أن يداس: كتب عند اللّه مِن الصّدّيقين وخفّف عن والديه وإن كان مشركَين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang mengangkat kertas-kertas daripada bumi yang tertulis Bismillahirrahmanirrahim kerana membesarkan Allah SWT, maka ditulis di sisi Allah SWT sebagai golongan siddiqin, diringankan azab untuk kedua ibu-bapanya walaupun dalam keadaan mensyirikkan Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 227, hadis nombor 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عديّ عن أنس مرفوعًا. وفي إسناده من قيل: إنه كذاب وقيل: متروك. وقد روى من طرق، وبألفاظ: علامات الوضع عليها لائحة.

Ibn Adi meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi), pada sanadnya dikatakan ada perawi yang pendusta dan ditinggalkan riwayatnya kerana dituduh berdusta. Diriwayatkan juga melalui banyak riwayat dan pelbagai lafaz : tanda-tanda palsu pada hadith ini kelihatan.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs