Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mengangkat kertas-kertas daripada bumi

Teks Bahasa Arab

حديث: مَنْ رَفَعَ قِرْطَاسًا مِنَ الأَرْضِ فِيهِ: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ إِجْلالا لِلَّهِ أَنْ يُدَاسَ: كُتِبَ عِنْدَ اللَّهِ مِنَ الصِّدِّيقِينَ، وَخُفِّفَ عَنْ وَالِدَيْهِ وَإِنْ كَانَا مُشْرِكَيْنِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang mengangkat kertas-kertas daripada bumi yang tertulis Bismillahirrahmanirrahim kerana membesarkan Allah SWT, maka ditulis di sisi Allah SWT sebagai golongan siddiqin, diringankan azab untuk kedua ibu-bapanya walaupun dalam keadaan mensyirikkan Allah.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 227, hadis no. 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عديّ عن أنس مرفوعًا. وفي إسناده من قيل: إنه كذاب وقيل: متروك. وقد روى من طرق، وبألفاظ: علامات الوضع عليها لائحة.

Ibn Adi meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi), pada sanadnya dikatakan ada perawi yang pendusta dan ditinggalkan riwayatnya kerana dituduh berdusta. Diriwayatkan juga melalui banyak riwayat dan pelbagai lafaz : tanda-tanda palsu pada hadith ini kelihatan.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.