Sesiapa yang mengangkat kepalanya daripada rukuk sebelum imam, maka tiada solat baginya

TEKS BAHASA ARAB

من رفع رأسه من الركوع قبل الإمام، فلا صلاة له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengangkat kepalanya daripada rukuk sebelum imam, maka tiada solat baginya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 328, hadis nombor 1725. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن شيبان بن محرز – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من رفع رأسه من الركوع قبل الإمام، فلا صلاة له)). [عب، ((الضعيفة)) (5505)].

(Lemah) Daripada Shayban bin Muhriz RA, dia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang mengangkat kepalanya daripada rukuk sebelum imam, maka tiada solat baginya.” [Riwayat ‘Abdur Razzaq dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5505].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.