Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوعِ قَبْلَ الإِمَامِ، فَلَا صَلَاةَ لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengangkat kepalanya daripada rukuk sebelum imam, maka tiada solat baginya.
Sahabat Perawi
- Shayban bin Muhriz RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 328, hadis no. 1725. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن شيبان بن محرز - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - ﷺ -: ((من رفع رأسه من الركوع قبل الإمام، فلا صلاة له)). [عب، ((الضعيفة)) (5505)].
(Daif) Daripada Shayban bin Muhriz RA, dia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang mengangkat kepalanya daripada rukuk sebelum imam, maka tiada solat baginya.” [Riwayat ‘Abdur Razzaq dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5505].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman