Sesiapa yang mengangkat kepalanya atau menurunkan kepalanya sebelum imam

TEKS BAHASA ARAB

من رفع رأسه قبل الإمام أو وضع؛ فلا صلاة له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengangkat kepalanya atau menurunkan kepalanya sebelum imam, maka tidak ada solat baginya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 298, hadis nombor 1575. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي بن شيبان عن أبيه، قال: صليت خلف النبي صلى الله عليه وسلم؛ فرفع رجل رأسه قبل النبي صلى الله عليه وسلم؛ فلما انصرف قال: ((من رفع رأسه قبل الإمام أو وضع؛ فلا صلاة له)).
[ابن الضريس في ((أحاديثه))، ((الضعيفة)) (4596)]

(Munkar) Daripada ‘Ali bin Syaiban daripada bapanya, beliau berkata: Aku solat di belakang Nabi SAW, kemudian ada seorang lelaki yang mengangkat kepalanya sebelum Nabi SAW (di dalam solat). Kemudian apabila Rasulullah SAW selesai solat, baginda berkata: Sesiapa yang mengangkat kepalanya atau menurunkan kepalanya sebelum imam, maka tidak ada solat baginya.
[Riwayat Ibn al-Dhurays dalam hadith beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4596]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs