Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن رفَعَ رأْسَه قبْلَ الإمامِ أو وضَعَ، فلا صَلاةَ له.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengangkat kepalanya atau menurunkan kepalanya sebelum imam, maka tidak ada solat baginya.
Sahabat Perawi
- ‘Ali bin Syaiban
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 298, hadis no. 1575. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن علي بن شيبان عن أبيه، قال: صليت خلف النبي صلى الله عليه وسلم؛ فرفع رجل رأسه قبل النبي صلى الله عليه وسلم؛ فلما انصرف قال: ((من رفع رأسه قبل الإمام أو وضع؛ فلا صلاة له)). [ابن الضريس في ((أحاديثه))، ((الضعيفة)) (4596)]
(Munkar) Daripada ‘Ali bin Syaiban daripada bapanya, beliau berkata: Aku solat di belakang Nabi SAW, kemudian ada seorang lelaki yang mengangkat kepalanya sebelum Nabi SAW (di dalam solat). Kemudian apabila Rasulullah SAW selesai solat, baginda berkata: Sesiapa yang mengangkat kepalanya atau menurunkan kepalanya sebelum imam, maka tidak ada solat baginya. [Riwayat Ibn al-Dhurays dalam hadith beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4596]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman