Sesiapa yang mengangkat kedua tangannya ketika solat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "مَنْ رَفَعَ يَدَيْهِ فِي الصَّلاةِ فَلا صَلاةَ لَهُ"


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Sesiapa yang mengangkat kedua tangannya ketika solat maka tiada solat baginya”.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 29, hadis nombor 60. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الجوزقاني عن أبي هريرة مرفوعا وهو موضوع. والمتهم به: مأمون بن أحمد السلمي

Al-Jauzaqani meriwayatkan daripada Abu Huraiah secara marfu' (yang disandarkan kepada nabi) sedangkan hadith ini palsu. Perawi yang dituduh berdusta ialah Ma’mun bin Ahmad al-Sulami.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon