Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mengangkat kedua tangannya ketika solat

Teks Bahasa Arab

حديث: "مَنْ رَفَعَ يَدَيْهِ فِي الصَّلاةِ فَلا صَلاةَ لَهُ"

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Sesiapa yang mengangkat kedua tangannya ketika solat maka tiada solat baginya”.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 29, hadis no. 60. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الجوزقاني عن أبي هريرة مرفوعا وهو موضوع. والمتهم به: مأمون بن أحمد السلمي

Al-Jauzaqani meriwayatkan daripada Abu Huraiah secara marfu' (yang disandarkan kepada nabi) sedangkan hadith ini palsu. Perawi yang dituduh berdusta ialah Ma’mun bin Ahmad al-Sulami.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.