Sesiapa yang menganggap ucapannya termasuk sebahagian daripada amalannya, nescaya akan sedikit ucapannya

TEKS BAHASA ARAB

من حسب كلامه من عمله؛ قل كلامه إلا فيما يعنيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menganggap ucapannya termasuk sebahagian daripada amalannya, nescaya akan sedikit ucapannya melainkan pada perkara yang penting sahaja buat dirinya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 206, hadis nombor 1080. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي ذر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من حسب كلامه من عمله؛ قل كلامه إلا فيما يعنيه)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (3089)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Dzar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menganggap ucapannya termasuk sebahagian daripada amalannya, nescaya akan sedikit ucapannya melainkan pada perkara yang penting sahaja buat dirinya.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3089]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs