Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من حسِبَ كلامَه من عملِهِ ، قلَّ كلامُهُ إلَّا فيما يَعْنِيهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menganggap ucapannya termasuk sebahagian daripada amalannya, nescaya akan sedikit ucapannya melainkan pada perkara yang penting sahaja buat dirinya.
Sahabat Perawi
- Abu Dzar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 206, hadis no. 1080. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي ذر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((من حسب كلامه من عمله؛ قل كلامه إلا فيما يعنيه)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (3089)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Dzar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menganggap ucapannya termasuk sebahagian daripada amalannya, nescaya akan sedikit ucapannya melainkan pada perkara yang penting sahaja buat dirinya. [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3089]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman