Sesiapa yang mengambil sunnah maka dia termasuk dalam kalanganku

TEKS BAHASA ARAB

من أخذ بسنتي فهو مني، ومن رغب عن سنتي فليس مني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengambil sunnah maka dia termasuk dalam kalanganku dan sesiapa yang membenci terhadap sunnahku, maka dia bukan termasuk dalam kalanganku.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1279, hadis nombor 6551. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن طلحة بن السحاح، قال: كتب عبيد الله بن معمر القرشي إلى عبد الله بن عمر وهو أمير فارس على جند: إنا قد استقررنا ولا نخاف عدونا، وقد أتى علينا سبع سنين، وقد ولدنا الأولاد؛ فكم صلاتنا؟ فكتب إليه عبد الله: إن صلاتكم ركعتين، فأعاد عليه الكتاب، فكتب إليه ابن عمر: إن صلاتكم ركعتين. فأعاد إليه الكتاب؟ فكتب إليه ابن عمر: إني كتبت إليك بسنة رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فسمعته يقول: من أخذ بسنتي فهو مني، ومن رغب عن سنتي فليس مني.
[البختري في ((جزء من الأمالي))، عبد الغني في ((السنن))، ((الضعيفة)) (4540)]

(Sangat Lemah)
Daripada Talhah bin al-Sammah, katanya: ‘Ubaidillah bin Ma’mar al-Qurashi telah menulis kepada ‘Abdillah bin ‘Umar ketika beliau menjadi gabenor Parsi untuk ketenteraan: Sesungguhnya kami telah tetapkan diri kami (menjaga) dan kami tidak takut akan musuh kami. 7 tahun telah berlaku kepada kami hingga kami mendapatkan anak-anak, lalu berapa rakaat solat kami? ‘Abdullah menulis kepada ‘Ubaidullah: Sesungguhnya solat kamu adalah dua rakaat, lalu ‘Ubaidullah mengirim kembali surat, beliau Ibn ‘Umar pun membalas balik surat itu: Sesungguhnya solat kamu adalah dua rakaat. ‘Ubaidullah mengirim kembali surat kepada Ibn ‘Umar, lalu Ibn ‘Umar mengirim surat kepada ‘Ubaidullah: Sesungguhnya aku telah menulis sunnah Rasulullah SAW kepada kamu, kerana aku pernah mendengar baginda bersabda: Sesiapa yang mengambil sunnah maka dia termasuk dalam kalanganku dan sesiapa yang membenci terhadap sunnahku, maka dia bukan termasuk dalam kalanganku.
[Riwayat al-Bakhtari dalam Juz Min al-Amali dan 'Abd al-Ghani dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4540]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs