Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mengambil sesuatu dari bumi dengan cara tidak halal

Teks Bahasa Arab

من أخذَ شيئًا من الأرضِ بغيرِ حلة؛ طُوِّقَهُ من سبعِ أرضينَ لا يُقبلُ منهُ صرفٌ ولا عدلٌ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang mengambil sesuatu dari bumi dengan cara tidak halal, dia akan dibelit oleh tujuh lapisan bumi, tidak akan diterima darinya amalan sunat mahupun fardu.

Sahabat Perawi

  1. Sa’d RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 640, hadis no. 3316. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر بزيادة: «جملة الصرف») عن سعد -رضي الله عنه - ، قال: قال ﷺ: «من أخذ شيئا من الأرض بغير حلة، طوقه من سبع أرضين، لا يقبل منه صرف ولا عدل». [ع، البزار، طس، «الضعيفة» (6761)].

(Munkar dengan penambahan lafaz: amalan sunat) Daripada Sa’d RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengambil sesuatu dari bumi dengan cara tidak halal, dia akan dibelit oleh tujuh lapisan bumi, tidak akan diterima darinya amalan sunat mahupun fardu.” [Riwayat Abu Ya’la, al-Bazzar dalam Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6761]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.