Sesiapa yang mengambil sesuap makanan dari tempat keluar tahi dan air kencing,

TEKS BAHASA ARAB

 مَنْ أَخَذَ لُقْمَةً مِنْ مَجْرَى الْغَائِطِ أَوِ الْبَوْلِ فَغَسَلَهَا ثُمَّ أَكَلَهَا غُفِرَ لَهُ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengambil sesuap makanan dari tempat keluar tahi dan air kencing, lalu dicuci dan dimakannya, maka diampunkan baginya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata pentakhrijnya حفظه الله:

Direkodkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya (no. 6750) dan Ibnu Jauzi di dalam kitab al-Maudhu’at (3/195). Ibnu Jauzi berpendapat hadis ini palsu. Direkodkan oleh Ibnu Hajar dalam al-Matalib al-‘Aliyah (2/326) daripada Ahmad bin Mani’ dalam musnadnya. Rujuk: al-Lali’ al-Masnu’ah (2/255), Tanzih asy-Syari’ah (2/241) dan al-Fawaid al-Majmu’ah (ms 158).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon