TEKS BAHASA ARAB
من أخذ شيئا من الأرض بغير حله طوقه من سبع أرضين لا يقبل منه صرف ولا عدل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang mengambil sedikit daripada tanah yang tidak halal baginya, nescaya dia akan dibenamkan sehingga ke lapisan tanah yang ketujuh, tidak akan diterima daripadanya ibadah fardu dan juga ibadah sunat.
STATUS
Munkar pada tambahan: جملة الصرف
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 162, hadis nombor 810. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة: جملة الصرف)
عن سعد -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من أخذَ شيئًا من الأرضِ بغيرِ حِلِّهِ طُوِّقَهُ من سبعِ أرضينَ لا يُقبلُ منهُ صرفٌ ولا عدلٌ.
[ع، البزار، طس، ((الضعيفة)) (6761)]
(Munkar pada tambahan: جملة الصرف)
Daripada Sa’id RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mengambil sedikit daripada tanah yang tidak halal baginya, nescaya dia akan dibenamkan sehingga ke lapisan tanah yang ketujuh, tidak akan diterima daripadanya ibadah fardu dan juga ibadah sunat.
[Riwayat Abu Ya’la, Al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6761]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.