TEKS BAHASA ARAB
من أخذ من طريق المسلمين شِبراً جاء يوم القيامة يحملُه من سبعِ أرضِين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang mengambil satu jengkal daripada jalan umat Islam, maka ia akan datang pada hari kiamat kelak untuk dipikulnya sehingga ke lapisan tanah yang ketujuh.
STATUS
Munkar Dengan Lafaz الطريق
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 162, hadis nombor 811. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر: الطريق)
عن الحكم بن الحارث السلمي -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من أخذ من طريق المسلمين شِبراً؛ جاء يوم القيامة يحملُه من سبعِ أرضِين.
[أبو يعلى في ((مسنده الكبير))، طب، طص، خط، عد، ((الضعيفة)) (6648)]
(Munkar Dengan Lafaz الطريق)
Daripada al-Hakam bin al-Harith al-Sulami RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mengambil satu jengkal daripada jalan umat Islam, maka ia akan datang pada hari kiamat kelak untuk dipikulnya sehingga ke lapisan tanah yang ketujuh.
[Riwayat Abu Ya’la dalam Musnad al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Mu'jam al-Saghir, al-Khatib al-Baghdadi, Ibn Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6648]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.