Munkar Dengan Sebutan Jalan

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mengambil satu jengkal

Teks Bahasa Arab

من أخذ من طريقِ المسلمين شبرًا جاء يومَ القيامةِ يحملُه من سبعِ أرَضِينَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang mengambil satu jengkal daripada jalan umat Islam, maka ia akan datang pada hari kiamat kelak untuk dipikulnya sehingga ke lapisan tanah yang ketujuh.

Sahabat Perawi

  1. Al-Hakam bin Al-Harith Al-Sulami RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Sebutan Jalan

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 162, hadis no. 811. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر: الطريق) عن الحكم بن الحارث السلمي -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من أخذ من طريق المسلمين شِبراً؛ جاء يوم القيامة يحملُه من سبعِ أرضِين. [أبو يعلى في ((مسنده الكبير))، طب، طص، خط، عد، ((الضعيفة)) (6648)]

(Munkar Dengan Sebutan Jalan) Daripada al-Hakam bin al-Harith al-Sulami RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mengambil satu jengkal daripada jalan umat Islam, maka ia akan datang pada hari kiamat kelak untuk dipikulnya sehingga ke lapisan tanah yang ketujuh. [Riwayat Abu Ya’la dalam Musnad al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Mu'jam al-Saghir, al-Khatib al-Baghdadi, Ibn Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6648]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.