TEKS BAHASA ARAB
أيما امرىء اقتطع حق، امرىء بيمين كاذبة كانت نكتة سوداء من نفاق في قلبه لا يغيرها شيء إلى يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang mengambil hak seseorang yang lain dengan sumpah yang dusta (maka itu akan menjadikan timbulnya) titik hitam kemunafikan dalam hatinya, tidak akan ada yang boleh mengubahnya sehingga hari kiamat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 613, hadis nombor 3191. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي ثعلبة – رضي الله عنه -، يقول: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((أيما امرىء اقتطع حق امرىء بيمين كاذبة كانت نكتة سوداء من نفاق في قلبه لا يغيرها شيء إلى يوم القيامة)). [طب، ك، ((الضعيفة)) (3366)].
(Lemah)
Daripada Abu Tha’labah RA berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: ((Sesiapa yang mengambil hak seseorang yang lain dengan sumpah yang dusta (maka itu akan menjadikan timbulnya) titik hitam kemunafikan dalam hatinya, tidak akan ada yang boleh mengubahnya sehingga hari kiamat.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Mustadrak al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3366].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.