Sesiapa yang mengambil dari jalan orang Islam walau satu jengkal

TEKS BAHASA ARAB

من أخذ من طريق المسلمين شبرا، جاء يوم القيامة يحمله ‌من ‌سبع ‌أرضين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengambil dari jalan orang Islam walau satu jengkal, dia akan datang pada hari kiamat dengan memikul tujuh lapis bumi.

STATUS

Munkar dengan lafaz: Jalan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 696, hadis nombor 3572. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر: "الطريق") عن الحكم بن الحارث السلمي -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((من أخذ من طريق المسلمين شبرا، جاء يوم القيامة يحمله ‌من ‌سبع ‌أرضين)). [أبو يعلى في ((مسنده الكبير))، طب، طص، خط، عد، ((الضعيفة)) (٦٦٤٨)]

(Munkar dengan lafaz: Jalan) Daripada al-Ḥakam bin al-Ḥārith al-Sulamī RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengambil dari jalan orang Islam walau satu jengkal, dia akan datang pada hari kiamat dengan memikul tujuh lapis bumi. [Riwayat Abū Ya‘lā dalam al-Musnad al-Kabīr, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Mu‘jam al-Saghīr, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6648]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs