Munkar dengan lafaz: Jalan
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أخَذَ مِن طريقِ المُسلمينَ شِبرًا، جاء يومَ القيامةِ يَحمِلُه مِن سبْعِ أرضينَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengambil dari jalan orang Islam walau satu jengkal, dia akan datang pada hari kiamat dengan memikul tujuh lapis bumi.
Sahabat Perawi
- Al-Hakam bin Al-Harith Al-Sulami RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar dengan lafaz: Jalan
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 696, hadis no. 3572. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر: "الطريق") عن الحكم بن الحارث السلمي -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((من أخذ من طريق المسلمين شبرا، جاء يوم القيامة يحمله من سبع أرضين)). [أبو يعلى في ((مسنده الكبير))، طب، طص، خط، عد، ((الضعيفة)) (٦٦٤٨)]
(Munkar dengan lafaz: Jalan) Daripada al-Ḥakam bin al-Ḥārith al-Sulamī RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengambil dari jalan orang Islam walau satu jengkal, dia akan datang pada hari kiamat dengan memikul tujuh lapis bumi. [Riwayat Abū Ya‘lā dalam al-Musnad al-Kabīr, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Mu‘jam al-Saghīr, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6648]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman