Sesiapa yang mengalunkan bait-bait syair selepas solat Isya’ yang akhir

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قرض بيت شعر بعد العشاء الآخرة؛ لم يقبل له صلاة تلك الليلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengalunkan bait-bait syair selepas solat Isya’ yang akhir, maka sebarang solat (yang didirikan) pada malam tersebut tidak akan diterima.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 258, hadis nombor 1339. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن شداد بن أوس – رضي الله عنه – ، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من قرض بيت شعر بعد العشاء الآخرة؛ لم تقبل له صلاة تلك الليلة)). [حم، البزار، عق، ابن الجوزي، هب، طب، ((الضعيفة)) (2428)]

(Munkar)
Daripada Syaddad bin Aus RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengalunkan bait-bait syair selepas solat Isya’ yang akhir, maka sebarang solat (yang didirikan) pada malam tersebut tidak akan diterima.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, al-Bazzar, al-‘Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir, Ibn al-Jawzi, al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2428]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.