Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ أقرَّ بِالخَرَاجِ وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ لَا يقرَّ بِهِ؛ فَعَلَيهِ لَعْنَةُ اللهِ وَالمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ، لَا يَقْبَلُ اللهُ مِنْهُ صَرفاً وَلَا عَدْلاً.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengakui akan kharaj sedangkan dia mampu untuk tidak mengakuinya, maka ke atasnya laknat dari Allah, para malaikat dan manusia keseluruhannya. Malah, Allah tidak akan menerima darinya ibadah wajib serta ibadah sunat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 227, hadis no. 1207. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((من أقر بالخراج وهو قادر على أن لا يقر به؛ فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين، لا يقبل الله منه صرفا ولا عدلا)). [ذكره صالح ابن الإمام أحمد في ((مسائله))، ((الضعيفة)) (5738)]
(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengakui akan kharaj sedangkan dia mampu untuk tidak mengakuinya, maka ke atasnya laknat dari Allah, para malaikat dan manusia keseluruhannya. Malah, Allah tidak akan menerima darinya ibadah wajib serta ibadah sunat. [Disebutkan oleh Soleh Ibn Imam Ahmad dalam Masa’il beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5738]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman