Sesiapa yang mengajar saudaranya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من علم أخاه آية من كتاب الله، فقد ملك رقبته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang mengajar saudaranya satu ayat daripada al-Kitab Allah (al-Qur’an), maka dia telah memiliki leher (saudara)nya itu (iaitu menjadi miliknya).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 192, hadis nombor 598. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع، كما قال ابن تيمية وغيره.

Palsu sepertimana yang Ibn Taimiyyah dan selain beliau katakan.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs