Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: من علم أَخَاهُ آيَة من كتاب الله، فقد ملك رقبته.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Sesiapa yang mengajar saudaranya satu ayat daripada al-Kitab Allah (al-Qur’an), maka dia telah memiliki leher (saudara)nya itu (iaitu menjadi miliknya).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 192, hadis no. 598. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع، كما قال ابن تيمية وغيره.
Palsu sepertimana yang Ibn Taimiyyah dan selain beliau katakan.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman