Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من زوَّجَ كريمتَهُ من فاسقٍ فقدَ قطعَ رحِمَها.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengahwinkan puterinya dengan orang fasik, maka dia telah memotong hubungannya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 951, hadis no. 4908. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: من زوج كريمته من فاسق؛ فقد قطع رحمها. [ابن حبان فيالضعفاء، ابن الجوزي، الضعيفة(5084)]
(Palsu) Diriwayatkan daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mengahwinkan puterinya dengan orang fasik, maka dia telah memotong hubungannya. [Riwayat Ibn Hibban dan Ibn Al-Jauzi dalam al-Dhua’fa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5084].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman