Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من زوَّجَ كريمتَهُ مِن فاسِقٍ، فقدَ قطَعَ رَحِمَها.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengahwinkan keturunannya dengan orang-orang fasik, maka dia telah memotong rahimnya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 928, hadis no. 4771. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: من زوج كريمته من فاسق؛ فقد قطع رحمها. [عد، ابن حبان في المجروحين، الضعيفة (2062، 5796)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mengahwinkan keturunannya dengan orang-orang fasik, maka dia telah memotong rahimnya. [Riwayat Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa, dan Ibn Hibban dalam al-Majruhin. Lihat Silsilah al- Da’ifah, no. 2062, 5796].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman