Sesiapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من زوج كريمته من فاسق فقد قطع رحمها


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq, maka dia telah memutuskan hubungan silaturahim dengannya”.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 123, hadis nombor 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن حبان عن أنس مرفوعا. وقال: الحسن بن محمد البلخي: يروي الموضوعات، وإنما هذا من كلام الشعبي، ورفعه باطل، وكذا قال الذهبي

Ibn Hibban meriwayatkan daripada Anas bin Malik secara marfu’ beliau berkata: al-Hasan bin Muhammad al-Balkhi meriwayatkan hadith-hadith palsu. Hadith ini sebenarnya merupakan perkataan al-Sya’bi, menyandarkannya kepada nabi SAW adalah batil, demikian juga pendapat al-Zahabi.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon