Sesiapa yang mengahwini seseorang wanita kerana harta

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من تزوج امرأة لمالها وجمالها حرمه الله مالها وجمالها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang mengahwini seseorang wanita kerana harta dan kecantikannya, maka Allah pasti mengharamkan terhadapnya harta dan kecantikan wanita tersebut.

STATUS

Tidak diketahui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 178, hadis nombor 546. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الزركشي: لا يعرف.

Al-Zarkasyi berkata: Tidak diketahui.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.