Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أحدثَ هجاءً في الإسلامِ فاقطعوا لسانَه.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengada-adakan satu hijā’ (celaan menerusi syair) di dalam Islam, maka potonglah lidahnya.
Sahabat Perawi
- Abu Ghudaif RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 133, hadis no. 668. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن غضيف أو أبي غضيف رضي الله عنه صاحب رسول اللہ ﷺ: من أحدث هجاء في الإسلام فاقطعوا لسانه. [طب، الضعيفة (6302)].
(Terlalu Daif) Daripada Ghuḍayf atau Abū Ghuḍayf RA sahabat Rasulullah SAW secara marfū‘: Sesiapa yang mengada-adakan satu hijā’ (celaan menerusi syair) di dalam Islam, maka potonglah lidahnya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6302)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman