Sesiapa yang menerima seorang mukmin sebagai tetamu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من أضاف مؤمنا فكأنما أضاف آدم، ومن أضاف مؤمنين فكأنما أضاف آدم وحواء، ومن أضاف ثلاثة فكأنما أضاف جبريل وميكائيل وإسرافيل، ومن أضاف أربعة فكأنما قرأ التوراة والإنجيل والزبور، ومن أضاف خمسة فكأنما صلى الصلوات الخمس في الجماعة، من أول يوم خلق الخلق إلى يوم القيامة، ومن أضاف ستة فكأنما أعتق ستين رقبة من ولد إسماعيل، ومن أضاف سبعة غلقت عنه أبواب جهنم، ومن أضاف ثمانية فتحت له أبواب الجنة، ومن أضاف تسعة كتب الله له حسنات بعدد من عصاه من أول يوم خلق الله الخلق إلى يوم القيامة، ومن أضاف عشرة كتب الله له أجر من صلى وصام وحج واعتمر إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang menerima seorang mukmin sebagai tetamu maka seolah-olah dia menerima Adam sebagai tetamu. Sesiapa yang menerima dua orang mukmin sebagai tetamu maka seakan-akan dia menerima Adam dan Hawwa’ sebagai tetamu. Sesiapa yang menerima tiga orang mukmin sebagai tetamu maka seakan-akan dia menerima Jibril, Mikail dan Israfil sebagai tetamu. Sesiapa yang menerima empat orang mukmin sebagai tetamu maka seakan-akan dia telah membaca Taurat, Injil dan Zabur. Sesiapa yang menerima lima orang mukmin sebagai tetamu maka seakan-akan dia telah solat lima waktu secara berjemaah daripada mula-mula makhluk diciptakan hinggalah hari Kiamat. Sesiapa yang menerima enam mukmin sebagai tetamu maka seakan-akan dia telah membebaskan enam orang hamba daripada keturunan Isma’il. Sesiapa yang menerima tujuh orang mukmin sebagai tetamu, maka ditutup baginya pintu-pintu neraka. Sesiapa yang menerima lapan orang mukmin sebagai tetamu maka dibukakan untuknya pintu-pintu syurga. Sesiapa yang menerima sembilan orang mukmin sebagai tetamu maka Allah tuliskan untuknya kebaikan-kebaikan sebanyak bilangan orang yang menderhakai-Nya daripada hari mula-mula Allah ciptakan makhluk hinggalah hari Kiamat. Sesiapa yang menerima sepuluh orang tetamu maka Allah tuliskan untuknya pahala orang yang solat, puasa, haji dan umrah hingga hari Kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 174, hadis nombor 531. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه وتفرد به عبد الله بن ميمون القداح، وصرح غير واحد بأنه متهم بالكذب والوضع، وهذه المبالغات من موجبات الطعن خصوصا مع ذكر الملائكة في الضيافة، وهم لا يأكلون ولا يشربون.

‘Abdullah bin Maimun al-Qaddah telah meriwayatkannya dan beliau bersendirian (meriwayatkannya). Bukan seorang ulama yang menyebutkan dengan jelas bahawa dia dituduh berdusta dan memalsukan hadith. Ganjaran-ganjaran yang melampaui ini termasuk perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah, terutamanya berkenaan menyebutkan para malaikat dalam hal tetamu sedangkan mereka tidak makan dan tidak minum.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs