Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mendoakan orang zalim berkekalan

Teks Bahasa Arab

حديث: مَنْ دَعَا لِظَالِمٍ بِالْبَقَاءِ. فَقَدْ أَحَبَّ أَنْ يُعْصَى اللَّهُ فِي أرضه.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang mendoakan orang zalim berkekalan, sesungguhnya mereka suka untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah di muka bumi ini.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 211, hadis no. 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في اللآلىء: هو من قول الحسن البصري، وقال في المختصر: لم نجده إلا من قول الحسن.

Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali’ sedangkan ianya daripada percakapan Hassan al-Basri, dan Al-Firuzabadi berkata di dalam kitabnya al-Mukhtasar: Tidak kami dapati hadith ini melainkan daripada perkataan al-Hasan.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.