Sesiapa yang mendirikan solat Subuh, kemudian dia kekal duduk di tempat solatnya sehingga matahari terbit

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صلى صلاة الفجر، ثم جلس في مصلاه حتى تطلع الشمس؛ كان له حجاب من النار أو ستر من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mendirikan solat Subuh, kemudian dia kekal duduk di tempat solatnya sehingga matahari terbit, maka buat dirinya hijab (penghalang) daripada api neraka atau penutup (yang menghalangnya dari memasuki) neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 278, hadis nombor 1445. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي-رضي الله عنه-، قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((من صلى صلاة الفجر، ثم جلس في مصلاه حتى تطلع الشمس؛ كان له حجاب من النار أو ستر من النار)).
[القزويني، ((الضعيفة)) (3289)]

(Palsu)
Daripada ‘Ali ―raḍiyallāhu ‘anhu― beliau berkata, aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Sesiapa yang mendirikan solat Subuh, kemudian dia kekal duduk di tempat solatnya sehingga matahari terbit, maka buat dirinya hijab (penghalang) daripada api neraka atau penutup (yang menghalangnya dari memasuki) neraka.
[Riwayat al-Qazwini. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3289]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.