Sesiapa yang mendirikan solat sebanyak 10 rakaat di antara Maghrib dan Isya’

TEKS BAHASA ARAB

من ركع عشر ركعات بين المغرب والعشاء، بني له قصر في الجنة. فقال عمر بن الخطاب: إذا تكثر قصورنا أو بيوتنا يا رسول الله؟! فقال: الله أكثر وأفضل؛ أو قال: وأطيب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mendirikan solat sebanyak 10 rakaat di antara Maghrib dan Isya’, maka akan dibinakan sebuah istana untuknya di dalam syurga. Lalu Umar bin al-Khattab berkata: Kalau begitu, banyaklah nanti istana atau rumah kami wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Allah memiliki lebih banyak dan lebih afdhal. Atau baginda berkata: Lebih baik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 299, hadis nombor 1576. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الكريم بن الحارث يحدث أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((من ركع عشر ركعات بين المغرب والعشاء، بني له قصر في الجنة. فقال عمر بن الخطاب: إذا تكثر قصورنا أو بيوتنا يا رسول الله؟! فقال: الله أكثر وأفضل؛ أو قال: وأطيب)).
[ابن المبارك، ابن النصر في ((قيام الليل))، ((الضعيفة)) (4597)]

(Lemah) Daripada Abdul Karim bin al-Harits beliau menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mendirikan solat sebanyak 10 rakaat di antara Maghrib dan Isya’, maka akan dibinakan sebuah istana untuknya di dalam syurga. Lalu Umar bin al-Khattab berkata: Kalau begitu, banyaklah nanti istana atau rumah kami wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Allah memiliki lebih banyak dan lebih afdhal. Atau baginda berkata: Lebih baik.
[Riwayat Ibn al-Mubarak dan Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4597]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs