Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ ركع عشرِ ركعاتٍ بينَ المغربِ والعشاءِ، بُنيَ له قصرٌ في الجنةِ. فقال عمرُ بنُ الخطابِ: إذًا تكثر قصورُنا أو بيوتُنا يا رسولَ اللهِ ؟ ! فقال: اللهُ أكثرُ وأفضلُ؛ أو قال: وأطيبُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mendirikan solat sebanyak 10 rakaat di antara Maghrib dan Isya’, maka akan dibinakan sebuah istana untuknya di dalam syurga. Lalu Umar bin al-Khattab berkata: Kalau begitu, banyaklah nanti istana atau rumah kami wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Allah memiliki lebih banyak dan lebih afdhal. Atau baginda berkata: Lebih baik.
Sahabat Perawi
- Abdul Karim bin al-Harits
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 299, hadis no. 1576. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الكريم بن الحارث يحدث أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((من ركع عشر ركعات بين المغرب والعشاء، بني له قصر في الجنة. فقال عمر بن الخطاب: إذا تكثر قصورنا أو بيوتنا يا رسول الله؟! فقال: الله أكثر وأفضل؛ أو قال: وأطيب)). [ابن المبارك، ابن النصر في ((قيام الليل))، ((الضعيفة)) (4597)]
(Daif) Daripada Abdul Karim bin al-Harits beliau menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mendirikan solat sebanyak 10 rakaat di antara Maghrib dan Isya’, maka akan dibinakan sebuah istana untuknya di dalam syurga. Lalu Umar bin al-Khattab berkata: Kalau begitu, banyaklah nanti istana atau rumah kami wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Allah memiliki lebih banyak dan lebih afdhal. Atau baginda berkata: Lebih baik. [Riwayat Ibn al-Mubarak dan Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4597]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman