Sesiapa yang mendirikan solat pada malam al-Nahr sebanyak dua rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى ليلة النحر ركعتين يقرأ في كل ركعة بفاتحة الكتاب خمس عشرة مرة وقل هو الله أحد خمس عشرة مرة وقل أعوذ برب الفلق خمس عشرة مرة وقل أعوذ برب الناس خمس عشرة مرة فإذا سلم قرأ آية الكرسي ثلاث مرات ويستغفر الله خمس عشرة مرة جعل الله اسمه في أصحاب الجنة وغفر له ذنوب السر والعلانية وكتب له لكل آية قرأها حجة وعمرة وكأنما أعتق ستين من ولد إسماعيل فإن مات بينه وبين الجمعة الأخرى مات شهيدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mendirikan solat pada malam al-Nahr sebanyak dua rakaat dan dibaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sebanyak 15 kali, surah al-Ikhlas sebanyak 15 kali, surah al-Falaq sebanyak 15 kali dan surah al-Nas sebanyak 15 kali, lalu apabila dia memberi salam dia membaca ayat al-Kursi sebanyak tiga kali dan meminta ampun kepada Allah sebanyak 15 kali, Allah akan menjadikan namanya daripada golongan ahli syurga dan mengampunkan dosa-dosanya yang tersembunyi dan jelas, dan Allah menulis baginya setiap ayat yang dibaca seumpama haji dan umrah, dan seolah-olah dia telah membebaskan 60 anak Ismail. Jika dia mati antaranya dan antara hari Jumaat yang lain, maka dia telah mati syahid.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 89. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ أَبِي أُمَامَةَ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ النَّحْرِ رَكْعَتَيْنِ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ بِفَاتِحَة الْكتاب خمس عشرَة مَرَّةً وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ خمس عشرَة مرّة وَقل أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ خَمْسَ عَشْرَةَ مرّة وَقل أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً فَإِذَا سَلَّمَ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ ثَلاثَ مَرَّاتٍ وَيَسْتَغْفِرُ اللَّهَ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً جَعَلَ اللَّهُ اسْمَهُ فِي أَصْحَابِ الْجَنَّةِ وَغَفَرَ لَهُ ذُنُوبَ السِّرِّ وَالْعَلانِيَةِ وَكَتَبَ لَهُ لِكُلِّ آيَةٍ قَرَأَهَا حَجَّةً وَعُمْرَةً وَكَأَنَّمَا أَعْتَقَ سِتِّينَ مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيلَ فَإِنْ مَاتَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الأُخْرَى مَاتَ شَهِيدًا.
أَخْرَجَهُ ابْنُ الْجَوْزِيِّ بِسَنَدٍ فِيهِ أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ غَالِبٍ غُلامُ خَلِيلٍ وَقَالَ مَوْضُوعٌ وَهُوَ وَضَّاعٌ انْتَهَى وَأَقَرَّهُ عَلَيْهِ السُّيُوطِيُّ وَابْنُ عِرَاقٍ وَغَيْرُهُمَا وَفِي ((الْكَشْفِ الْحَثِيثِ عَمَّنْ رُمِيَ بِوَضْعِ الْحَدِيثِ)) لإِبْرَاهِيم الْحلَبِي أَحْمد ابْن مُحَمَّدِ بْنِ غَالِبٍ الْبَاهِلِيُّ غُلامُ خَلِيلٍ قَالَ ابْنُ عَدِيٍّ سَمِعْتُ أَبَا عَبْدِ اللَّهِ النّهَاوَنْدِيَّ يَقُولُ لِغُلامِ خَلِيلٍ فِي هَذِهِ الرَّقَائِقِ الَّتِي يُحَدِّثُ بِهَا قَالَ وَضَعْنَاهَا لِتُرَقِّقَ بِهَا قُلُوبَ الْعَامَّةِ وَقَالَ ابْنُ أَبِي حَاتِمٍ فِي كِتَابِ الْجَرْحِ وَالتَّعْدِيلِ قَالَ أَبِي رَوَى أَحَادِيثَ مَنَاكِيرَ عَنْ شُيُوخٍ مَجْهُولِينَ انْتهى.

مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ النَّحْرِ رَكْعَتَيْنِ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ بِفَاتِحَة الْكتاب خمس عشرَة مَرَّةً وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ خمس عشرَة مرّة وَقل أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ خَمْسَ عَشْرَةَ مرّة وَقل أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً فَإِذَا سَلَّمَ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ ثَلاثَ مَرَّاتٍ وَيَسْتَغْفِرُ اللَّهَ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً جَعَلَ اللَّهُ اسْمَهُ فِي أَصْحَابِ الْجَنَّةِ وَغَفَرَ لَهُ ذُنُوبَ السِّرِّ وَالْعَلانِيَةِ وَكَتَبَ لَهُ لِكُلِّ آيَةٍ قَرَأَهَا حَجَّةً وَعُمْرَةً وَكَأَنَّمَا أَعْتَقَ سِتِّينَ مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيلَ فَإِنْ مَاتَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الأُخْرَى مَاتَ شَهِيدًا.
Hadis Abu Umamah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mendirikan solat pada malam al-Nahr sebanyak dua rakaat dan dibaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sebanyak 15 kali, surah al-Ikhlas sebanyak 15 kali, surah al-Falaq sebanyak 15 kali dan surah al-Nas sebanyak 15 kali, lalu apabila dia memberi salam dia membaca ayat al-Kursi sebanyak tiga kali dan meminta ampun kepada Allah sebanyak 15 kali, Allah akan menjadikan namanya daripada golongan ahli syurga dan mengampunkan dosa-dosanya yang tersembunyi dan jelas, dan Allah menulis baginya setiap ayat yang dibaca seumpama haji dan umrah, dan seolah-olah dia telah membebaskan 60 anak Ismail. Jika dia mati antaranya dan antara hari Jumaat yang lain, maka dia telah mati syahid.
Ibn al-Jauzi telah mengeluarkan hadis ini dengan sanad yang ada padanya Ahmad Bin Muhammad Bin Ghalib Ghulam Khalil, dan menilainya palsu kerana dia merupakan seorang pemalsu hadis, selesai. Ini telah dipersetujui oleh al-Suyuti, Ibn Iraq dan yang selain daripada mereka. Di dalam kitab al-Kashf al-Hathith Amman Roma bi Wad’i al-Hadis oleh Ibrahim al-Halabi Ahmad ibn Muhammad bin Ghalib al-Bahili Ghulam Khalil. Telah berkata Ibn ‘Adi: Aku telah mendengar Abu Abdullah al-Nahawandi berkata kepada Ghulam Khalil pada perkara yang melembutkan hati sebagaimana yang dia bacakan hadis-hadisnya. Dia jawab: “Kami telah memalsukannya dengan tujuan melembutkan hati-hati orang awam. Ibn Abi Hatim telah berkata di dalam kitab al-Jarh wa al-Ta’dil, telah berkata ayahku: Dia (Ghulam Khalil) telah meriwayatkan hadis-hadis yang munkar daripada guru-gurunya yang tidak dikenali.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs