Sesiapa yang mendirikan solat pada hari raya Aidilfitri

TEKS BAHASA ARAB

من صلى يوم الفطر بعدما صلى عيده أربع ركعات في أول ركعة بفاتحة الكتاب وسبح اسم ربك الأعلى وفي الثانية بالشمس وضحاها وفي الثالثة والضحى وفي الرابعة قل هو الله أحد فكأنما قرأ كل كتاب نزله الله على أنبيائه وكأنما أشبع جميع اليتامى ودهنهم ونظفهم وكان له من الأجر مثل ما طلعت عليه الشمس ويغفر له ذنوب خمسين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mendirikan solat pada hari raya Aidilfitri selepas mendirikan solat hari raya, sebanyak empat rakaat di mana pada awal rakaat dibaca surah al-Fatihah dan al-A’la dan pada rakaat kedua surah al-Shams dan pada rakaat ketiga surah al-Dhuha dan pada rakaat keempat surah al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca kesemua kitab yang telah diturunkan Allah SWT ke atas nabi-nabi-Nya dan seakan-akan dia telah mengenyangkan kesemua anak-anak yatim, mewangikan rambut mereka serta membersihkan mereka dan baginya pahala umpama apa yang diterbit atasnya matahari dan diampunkan dosa-dosanya selama 50 tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 87. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ مَنْ صَلَّى يَوْمَ الْفِطْرِ بَعْدَمَا صَلَّى عِيدَهُ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ بِفَاتِحَة الْكتاب وَسبح اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى وَفِي الثَّانِيَةِ بالشمس وَضُحَاهَا وَفِي الثَّالِثَةِ وَالضُّحَى وَفِي الرَّابِعَةِ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ فَكَأَنَّمَا قَرَأَ كُلَّ كِتَابٍ نَزَّلَهُ اللَّهُ عَلَى أَنْبِيَائِهِ وَكَأَنَّمَا أَشْبَعَ جَمِيعَ الْيَتَامَى وَدَهَنَهُمْ وَنَظَّفَهُمْ وَكَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلِ مَا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ وَيُغْفَرُ لَهُ ذُنُوبُ خَمْسِينَ سَنَةٍ.
أَخْرَجَهُ ابْنُ الْجَوْزِيِّ بِسَنَدِهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنْ مَالِكٍ عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ النَّهْدِيِّ عَنْ سَلْمَانَ الْفَارِسِيِّ مَرْفُوعًا وَقَالَ مَوْضُوعٌ فِيهِ مَجَاهِيلُ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ ابْنُ حِبَّانَ لَا يَحِلُّ ذِكْرُهُ فِي الْكُتُبِ انْتَهَىَ. وَأَقَرَّهُ عَلَيْهِ ابْنُ حَجَرٍ الْمَكِّيُّ فِي الإِيضَاحِ وَالْبَيَانِ وَقَالَ السُّيُوطِيُّ فِي الَّلآلِئِ تَابَعَ عَبْدُ اللَّهِ سَلَمَةُ بْنُ شَبِيبٍ عَنْ مَالِكٍ بِهِ وَمِنْ طَرِيقِهِ أَخْرَجَهُ الدَّيْلَمِيُّ فِي مُسْنَدِ الْفِرْدَوْسِ قَالَ أَنبأَنَا أبي أَنا أَبُو الْفَضْلِ الْقُومْسَانِيُّ أَنْبَأَنَا أَبُو مَنْصُورٍ مُحَمَّدُ بْنُ عُمَرَ الْحَافِظُ أَنا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ شَيْبَةَ أَنا الْفَضْلُ بْنُ مُحَمَّدٍ الْجُنْدِيُّ أَنا سَلَمَةُ بْنُ شبيب بِهِ انْتهى وَقَالَ بن عِرَاقٍ فِي تَنْزِيهِ الشَّرِيعَةِ سَلَمَةُ بْنُ شَبِيبٍ مِنْ رِجَالِ مُسْلِمٍ وَالأَرْبَعَةُ لَكِنَّ الرَّاوِي عَنْهُ الْفَضْلُ الْجُنْدِيُّ لَمْ أَعْرِفْهُ فَلَعَلَّهُ سَرَقَهُ وَركبهُ على هَذَا الْإِسْنَاد انْتهى.

Hadis:
مَنْ صَلَّى يَوْمَ الْفِطْرِ بَعْدَمَا صَلَّى عِيدَهُ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ بِفَاتِحَة الْكتاب وَسبح اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى وَفِي الثَّانِيَةِ بالشمس وَضُحَاهَا وَفِي الثَّالِثَةِ وَالضُّحَى وَفِي الرَّابِعَةِ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ فَكَأَنَّمَا قَرَأَ كُلَّ كِتَابٍ نَزَّلَهُ اللَّهُ عَلَى أَنْبِيَائِهِ وَكَأَنَّمَا أَشْبَعَ جَمِيعَ الْيَتَامَى وَدَهَنَهُمْ وَنَظَّفَهُمْ وَكَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلِ مَا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ وَيُغْفَرُ لَهُ ذُنُوبُ خَمْسِينَ سَنَةٍ.
Sesiapa yang mendirikan solat pada hari raya Aidilfitri selepas mendirikan solat hari raya, sebanyak empat rakaat di mana pada awal rakaat dibaca surah al-Fatihah dan al-A’la dan pada rakaat kedua surah al-Shams dan pada rakaat ketiga surah al-Dhuha dan pada rakaat keempat surah al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca kesemua kitab yang telah diturunkan Allah SWT ke atas nabi-nabi-Nya dan seakan-akan dia telah mengenyangkan kesemua anak-anak yatim, mewangikan rambut mereka serta membersihkan mereka dan baginya pahala umpama apa yang diterbit atasnya matahari dan diampunkan dosa-dosanya selama 50 tahun.
Ibn al-Jauzi telah mengeluarkannya dengan sanadnya iaitu dari Abdullah Bin Muhammad, daripada Malik, daripada Sulaiman al-Taimi, daripada Abi ‘Uthman al-Nahdi, daripada Salman al-Farisi secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), dan dia menilainya sebagai palsu, padanya terdapat perawi-perawi yang majhul (tidak dikenali) dan Abdullah Bin Muhammad. Ibn Hibban telah berkata bahawa dia tidak sepatutnya disebut di dalam kitab-kitab, selesai. Ibn Hajar al-Makki telah menyetujuinya di dalam kitab al-Idhah wa al-Bayan dan al-Suyuthi di dalam kitab al-La’ali berkata hadis ini disokong dengan riwayat Abdullah Salamah Bin Shabib daripada Malik dengannya dan al-Dailami telah mengeluarkannya dari jalurnya dalam Musnad al-Firdaus. Dia telah berkata: Ayahku telah memberitakan kepada kami bahawa Abu al-Fadhl al-Qumsani telah memberitakan kepada kami bahawa Abu Mansur Muhammad Bin ‘Umar al-Hafiz telah memberitakan kepada kami bahawa Abdullah Bin Muhammad Bin Shaibah telah memberitakan kepada kami bahawa al-Fadhl Bin Muhammad al-Jundi telah memberitakan kepada kami bahawa Salamah Bin Shabib dengannya. Selesai. Ibn ‘Iraq telah menyebut di dalam kitab Tanzih al-Shari’ah: Salamah bin Shabib merupakan dari kalangan perawi imam Muslim dan juga empat orang yang lain (Sunan yang empat). Akan tetapi, perawi yang meriwayatkan daripadanya iaitu, al-Fadhl al-Jundi tidak aku kenalinya, maka berkemungkinan dia telah mencuri dan menyusun sendiri dengan sanad yang sebegini, selesai.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs