Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mendirikan solat di antara solat Maghrib dengan solat Isya’, sesungguhnya itu merupakan solat golongan al-Awwabin

Teks Bahasa Arab

من صلى ما بين صلاةِ المغربِ إلى صلاةِ العشاءِ؛ فإنها صلاةُ الأوابينَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang mendirikan solat di antara solat Maghrib dengan solat Isya’, sesungguhnya itu merupakan solat golongan al-Awwabin.

Sahabat Perawi

  1. Muhammad bin al-Munkadir

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 299, hadis no. 1578. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن المندكر، مرفوعا: ((من صلى ما بين صلاة المغرب إلى صلاة العشاء؛ فإنها صلاة الأوابين)). [ابن المبارك، ابن النصر في ((قيام الليل))، ((الضعيفة)) (4617)]

(Daif) Daripada Muhammad bin al-Munkadir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mendirikan solat di antara solat Maghrib dengan solat Isya’, sesungguhnya itu merupakan solat golongan al-Awwabin. [Riwayat Ibn al-Mubarak dan Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4617]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.