Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من صَلَّى صلاةَ فريضةٍ فله دعوةٌ مُسْتَجابةٌ، ومن ختم القرآنَ فله دعوةٌ مُسْتَجابةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mendirikan satu solat fardhu, maka dia mendapat doa mustajab dan sesiapa yang khatam al-Qur'an maka dia mendapat doa mustajab.
Sahabat Perawi
- Al-'Irbadh bin Sariyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1458, hadis no. 7420. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن العرباض بن سارية - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((من صلى صلاة فريضة فله دعوة مستجابة، ومن ختم القرآن فله دعوة مستجابة)). [طب، ((الضعيفة)) (3014)]
(Lemah) Daripada al-'Irbadh bin Sariyah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mendirikan satu solat fardhu, maka dia mendapat doa mustajab dan sesiapa yang khatam al-Qur'an maka dia mendapat doa mustajab. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3014]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman