TEKS BAHASA ARAB
من سمع المنادي بالصلاة فقال مرحبا بالقائلين عدلا مرحبا بالصلاة وأهلا كتب الله له ألفي ألف حسنة ومحى عنه ألفي ألف سيئة ورفع له ألفي ألف درجة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang mendengar orang yang menyeru menunaikan solat lalu dia berkata selamat datang kepada orang yang berkata dengan adil. Selamat datang kepada solat, maka Allah akan menulis baginya dua juta ganda kebaikan dan memadamkan dua ribu ganda keburukan dan mengangkat baginya darjat sebanyak dua juta ganda.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 35. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«من سمع المنادي بالصلاة فقال مرحبا بالقائلين عدلا مرحبا بالصلاة وأهلا كتب الله له ألفي ألف حسنة ومحى عنه ألفي ألف سيئة ورفع له ألفي ألف درجة» موضوع.
“Sesiapa yang mendengar orang yang menyeru menunaikan solat lalu dia berkata selamat datang kepada orang yang berkata dengan adil. Selamat datang kepada solat, maka Allah akan menulis baginya dua juta ganda kebaikan dan memadamkan dua ribu ganda keburukan dan mengangkat baginya darjat sebanyak dua juta ganda.” Hadith ini adalah hadith yang palsu.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.