Sesiapa yang mendengar orang yang melaungkan azan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من سمع المنادي بالصلاة فقال: مرحبا بالقائلين عدلا، ومرحبا بالصلاة وأهلا، كتب الله له ألفي ألف حسنة، ومحا عنه ألفي ألف سيئة، ورفع له ألفي ألف درجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang mendengar orang yang melaungkan azan untuk solat lalu dia berkata: Selamat datang orang yang melaungkan azan lagi adil, selamat datang kepada solat.
Maka Allah tuliskan untuknya 2 juta kebaikan dan Allah hapuskan daripadanya 2 juta keburukan dan diangkat untuknya 2 juta darjat.

STATUS

Tiada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 183, hadis nombor 570. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ملا علي: لا أصل له.

Mulla Ali berkata: Tiada asalnya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs