Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mendengar kebaikan lalu menyebarkannya, maka dia sama seperti mereka yang beramal dengannya

Teks Bahasa Arab

مَنْ سَمِعَ خَيْرًا فأفشاهُ كان كمَنْ عَمِلَ بِهِ، وَمَنْ سَمِعَ شرًا فَأَفشاه كان كمَنْ عَمِلَ بِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang mendengar kebaikan lalu menyebarkannya, maka dia sama seperti mereka yang beramal dengannya. Dan sesiapa yang mendengar keburukan kemudian menyebarkannya, maka dia sama seperti mereka yang beramal dengannya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 58, hadis no. 257. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة وابن عباس - رضي الله عنهم -، قالا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من سمع خيراً فأفشاه كان كمن عمل به، ومن سمع شراً فأفشاه كان كمن عمل به)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3295)].

(Munkar) Daripada Abū Hurayrah dan Ibn ‘Abbās RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Sesiapa yang mendengar kebaikan lalu menyebarkannya, maka dia sama seperti mereka yang beramal dengannya. Dan sesiapa yang mendengar keburukan kemudian menyebarkannya, maka dia sama seperti mereka yang beramal dengannya.)) [Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārikhnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3295].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.