Sesiapa yang mendatangi tukang tilik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أتى كاهنا، فسأله عن شيء؛ حجِبت عنه التوبة أربعين ليلة، فإن صدقه بما قال؛ كفر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mendatangi tukang tilik lalu dia bertanya kepadanya tentang sesuatu, dia akan terhalang daripada taubat selama 40 malam. Sekiranya dia membenarkan apa yang dikatakan tukang tilik tersebut, maka dia telah jatuh kafir.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2066, hadis nombor 10382. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن واثلة بن الأسقع، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أتى كاهنا، فسأله عن شيء؛ حجِبت عنه التوبة أربعين ليلة، فإن صدقه بما قال؛ كفر.
[طب، ((الضعيفة)) (6674)]

(Sangat Lemah)
Daripada Wāthilah bin al-Asqa’, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mendatangi tukang tilik lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu, dia akan terhalang daripada taubat selama 40 malam. Sekiranya dia membenarkan apa yang dikatakan tukang tilik tersebut, maka dia telah jatuh kafir.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6674]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.