Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن وُلِدَ له ثلاثةٌ، فلم يُسَمِّ أحدَهم مُحَمَّدًا، فقد جَهِلَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mendapat tiga orang cahaya mata, tetapi salah seorang daripadanya pun tidak dinamakan dengan nama Muhammad, maka sesungguhnya dia telah jahil.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 913, hadis no. 4673. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس –رضي الله عنهما– مرفوعا: من ولد له ثلاثة، فلم يسمّ أحدهم محمدا، فقد جهل. [طب، الحارث، الضعيفة (437)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mendapat tiga orang cahaya mata, tetapi salah seorang daripadanya pun tidak dinamakan dengan nama Muhammad, maka sesungguhnya dia telah jahil. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan al-Harith. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 437].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman