Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mendapat harta daripada hasil curi

Teks Bahasa Arab

حديث مَنْ أَصَابَ مَالا مِنْ مَهَاوِشَ أذهبه الله في نهاير.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang mendapat harta daripada hasil curi atau rompak, Allah akan menghilangkannya dalam sesuatu yang membinasakan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 146, hadis no. 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذَكَرَهُ فِي الْمَقَاصِدِ وَقَالَ: ضَعِيفٌ. وَقَالَ التَّقِيُّ: لا يَصِحُّ وَمَعْنَاهُ: كل مال أُصِيبَ مِنْ غَيْرِ حِلِّهِ أَذْهَبَهُ الله في المهالك.

Al-Sakhawi menyebutkannya di dalam al-Maqasid, dan dia berkata: Ia daif. Al-Taqi berkata: Tidak sahih dan maksudnya: Setiap harta yang diperolehi daripada punca yang tidak halal (haram), Allah akan menghilangkannya dalam sesuatu yang membinasakan.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.