Sesiapa yang mendapat cahaya mata, hendaklah dia memperelokkan adab

TEKS BAHASA ARAB

من ولد له مولود فليحسن أدبه واسمه، فإذا بلغ فليزوجه، فإن بلغ ولم يزوجه فأصاب إثما باء بإثمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mendapat cahaya mata, hendaklah dia memperelokkan adab serta pemberian namanya. Apabila dia telah baligh maka kahwinkanlah dia. Sekiranya anaknya itu telah baligh namun dia tidak mengahwinkannya lalu dia melakukan dosa, maka dia akan mendapat dosa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 177, hadis nombor 899. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي سعيد الخدري وعبد الله بن عباس -رضي الله عنهم- مرفوعا: من ولد له مولود فليحسن أدبه واسمه، فإذا بلغ فليزوجه، فإن بلغ ولم يزوجه فأصاب إثما باء بإثمه.
[الصيرفي في ((فضائل من اسمه أحمد ومحمد))، ((الضعيفة)) (737)]

(Lemah)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri dan ‘Abdullah bin ‘Abbas – Raḍiyallāhu ‘anhuma – secara Marfu’: Sesiapa yang mendapat cahaya mata, hendaklah dia memperelokkan adab serta pemberian namanya. Apabila dia telah baligh maka kahwinkanlah dia. Sekiranya anaknya itu telah baligh namun dia tidak mengahwinkannya lalu dia melakukan dosa, maka dia akan mendapat dosa.
[Riwayat al-Soirafi dalam Fadha’il Man Ismuhu Ahmad Wa Muhammad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 737]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.