Sangat Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mendamaikan antara dua orang, Allah akan memperbaik urusannya

Teks Bahasa Arab

من أصلح َبينَ اثنَينِ؛ أصلح اللهُ أمرَهُ، وأعطاه بكل كلمةٍ تكلم بينهما عتقَ رقبةٍ، ورجع مغفورًا لهُ ما تقدَّم من ذنبِه.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang mendamaikan antara dua orang, Allah akan memperbaik urusannya, dan memberikan kepadanya bagi setiap perkataan yang diucapkannya pahala seperti membebaskan seorang hamba, dan dia pulang dalam keadaan diampunkan dosanya yang telah lalu.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 802, hadis no. 4135. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من أصلح بين اثنين؛ أصلح الله أمره، وأعطاه بكل كلمة تكلم بينهما عتق رقبة، ورجع مغفورا له ما تقدم من ذنبه)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5267)]

(Sangat Munkar) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mendamaikan antara dua orang, Allah akan memperbaik urusannya, dan memberikan kepadanya bagi setiap perkataan yang diucapkannya pahala seperti membebaskan seorang hamba, dan dia pulang dalam keadaan diampunkan dosanya yang telah lalu. [Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5267]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.